wang tak dituntut

Ramai tak perasan ada Wang Tak Dituntut (WTD): Ini cara semak & mendapatkannya secara online

Berdasarkan laporan pada April 2021, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) memaklumkan sekitar RM9.4 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih berada di bawah simpanan jabatan itu, manakala RM2.4 bilion telah dibayar balik kepada penerima yang berhak.

Untuk makluman, WTD adalah wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya, namun ia tidak dibayar dalam tempoh melebihi setahun seperti gaji, bonus, komisen, upah, dividen dan deposit.

Namun begitu, sebenarnya setiap rakyat Malaysia boleh membuat semakan dan mendapat WTD masing-masing secara atas talian (online). Berikut adalah tatacaranya:-

Semak Wang Tak Dituntut (WTD)

Semakan WTD boleh dilaksanakan secara atas talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat. Ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1 : Layari pautan portal e-GUMIS;
  • Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian;
  • Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar;
  • Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna;
  • Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada);
  • Langkah 6 : Klik “Cetak”, jika perlu.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Membuat Tuntutan

Jika selepas membuat semakan dan mendapati ada WTD, tuntutan boleh dibuat di sistem sama dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1 : Layari pautan portal e-GUMIS;
  • Langkah 2 : Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu);
  • Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”;
  • Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”;
  • Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”;
  • Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan;
  • Langkah 7 : Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap disahkan;
  • Langkah 8 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.

 

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan WTD, sila rujuk Portal e-Gumis – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka: Kadar Bantuan RM500 hingga RM1,000

Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka: Kadar Bantuan RM500 hingga RM1,000

Menempuh alam pengajian tinggi bukan sekadar tentang menghadiri kuliah dan menyiapkan tugasan. Di sebalik kejayaan segulung ijazah, terselit pelbagai cabaran…
Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Penerangan Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

Dalam kesibukan menjalani kehidupan moden, keperluan harian sering kali dianggap sesuatu yang biasa dan kurang diberi perhatian. Namun, tanpa kita…