Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan MAINPP
SETIAUSAHA GRED 54 (TERBUKA)
- Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
- Tangga Gaji: RM6,177 – RM13,251
- Elaun:
- Imbuhan Tetap Keraian: RM800
- Imbuhan Tetap Perumahan: RM900
- Bantuan Sara Hidup: RM300
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan MAINPP secara lengkap.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32cm x 22cm dan dihantar ke alamat:
Setiausaha
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Tingkat 7, 8 & 9, Menara JKP
No.128, Jalan Macalister
10400 PULAU PINANG.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan jawatan pada 19 SEPTEMBER 2023 (SELASA)
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI.