jabatan audit

Jawatan kosong terkini Jabatan Audit Negara tahun 2023: Tawaran gaji RM1,900/sebulan

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Audit Negara kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Jabatan Audit Negara

PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG

  • Pengambilan: Personel MySTEP
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM1,900

 

MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume beserta gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik dan salinan sijil vaksinasi ke alamat e-mel: [email protected]

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan jawatan pada 15 SEPTEMBER 2023, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan satu fasa penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sahaja menandakan permulaan kepada pengembaraan…
Pelbagai Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM): Pengambilan Sesi April 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM): Pengambilan Sesi April 2025

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong…
RM150 - RM500 Dibayar Setiap Bulan Ke Akaun: Ini Cara Memohon Bantuan Am Kerajaan

RM150 - RM500 Dibayar Setiap Bulan Ke Akaun: Ini Cara Memohon Bantuan Am Kerajaan

Dalam masyarakat yang pesat membangun, masih ramai individu dan keluarga yang tergolong dalam golongan memerlukan. Mereka bukan sahaja terdiri daripada…