Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Perkhidmatan Awam
- PENGHANTAR NOTIS GRED N11
- PEMBANTU AWAM H11
- PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N19
- PEMBANTU SYARIAH GRED LS19
- PENGAWAS HUTAN GRED G19
- PEMBANTU MAKMAL GRED C19
- PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29
- PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM)/ PENOLONG JURUTERA GRED JA29
- PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29
- PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG29
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal SPN Selangor.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan jawatan pada 01 OKTOBER 2023 (AHAD).
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk DI SINI.