baucar

Bantuan Baucar Beli-Belah RM150 untuk kategori ini: Berikut cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan Skim Mesra kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan di bawah skim ini: –

Baucar Beli-Belah RM150

Pada tahun 2023 ini, terdapat sebuah bantuan yang dikenali sebagai Skim Mesra Usia Emas (SMUE). Manfaat utama skim ini adalah baucar membeli belah sebanyak RM150 yang boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan harian.

Baucar ini akan diberikan setiap tahun seumur hidup penerima yang layak.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
  • Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
  • Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan;
  • Sedang menetap di Negeri Selangor;
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Skim Mesra ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi Skim Mesra.

Bagi yang diluluskan permohonan mereka, baucar boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar.

Baucar hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat. Dimaklumkan bahawa, baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program ini dan permohonannya, sila rujuk di Portal Rasmi Skim Mesra – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Di Malaysia, golongan pendapatan sering dikategorikan kepada B40, M40, dan T20. Istilah ini digunakan untuk merancang dasar ekonomi dan bantuan…
Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

Bersara merupakan satu fasa kehidupan yang dinantikan oleh kebanyakan individu setelah bertahun-tahun bekerja. Namun, kehidupan selepas bersara bukan sekadar berehat…