Senarai bantuan- bantuan RM200 – RM300 yang dibayar bulan ini: Semak sama ada layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah dengan bantuan-bantuan yang mula disalurkan pada bulan September ini.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan – bantuan terlibat: –

Bantuan-bantuan September 2023

Bantuan Khas Penghargaan Pahang

Kerajaan Negeri Pahang telah memperkenalkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM200 dan RM300 kepada rakyat negeri berkenaan.

Bantuan RM300 akan diberikan kepada para penjawat awam negeri gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai dan kakitangan kontrak. Manakala RM200 pual akan disalurkan kepada para pesara Kerajaan Negeri.

Bantuan Khas Penghargaan Sabah

Kerajaan Negeri Sabah turut memperkenalkan Bantuan Khas Penghargaan kepada para penduduk negeri berkenaan. Kadar bantuan khas itu adalah sebanyak RM300 dan akan diberikan kepada semua pegawai perkhidmatan awam negeri tersebut.

Pekeliling perkhidmatan negeri Sabah bilangan sembilan 2023 memaklumkan pembayaran bantuan khas itu akan dibuat pada 25 September 2023.

Bantuan Khas Penghargaan Kelantan

Pada 7 September lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada kepada para penjawat awam dan pesara kerajaan negeri berkenaan.

Bantuan khas itu turut diberikan kepada pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, halaqat, penyelaras ICT DUN, penyelaras pembangunan Armalah, guru pondok, guru al-Quran dan Guru Fardu Ain serta Guru Jahitan (Mudaribbah).

Cara Pembayaran

Berdasarkan pembayaran-pembayaran bantuan kerajaan kepada penjawat awam sebelum ini, pembayaran Bantuan Khas Penghargaan ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima.

Untuk maklumat lengkap, sila rujuk di Portal-Portal Rasmi Kerajaan Negeri bagi info lebih sahih.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…