e-tunai

Bantuan e-Tunai RM100 untuk rakyat Malaysia boleh ditebus bulan depan: Ini penjelasannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan e-Tunai yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan e-Tunai RM100

Ketika di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Kredit e-Tunai RM100.

Bantuan ini pada asasnya diberikan kepada seluruh rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan sebanyak RM100,000 ke bawah.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah,” katanya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan, bantuan e-tunai ini akan dilaksanakan pada suku ke empat tahun 2023 atau sekitar bulan Oktober 2023.

Bantuan e-tunai ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40.

Berkenaan dengan kaedah menebusnya, ia berkemungkinan boleh ditebus melalui platform-platform e-Tunai seperti Boost; Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

Akan tetapi, kaedah penebusan yang tepat hanya akan diketahui melalui pengumuman rasmi Kerajaan dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain, pihak Kerajaan telah pun menyalurkan pembayaran Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada para penjawat awam dan RM200 kepada pesara kerajaan pada 10 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…