e-dompet

Bantuan e-Dompet RM300 untuk B40 setiap bulan: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui sebuah bantuan kewangan berbentuk e-Dompet yang dikenali sebagai BINGKAS.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan e-Dompet RM300

BINGKAS atau Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor pada asasnya merupakan bantuan kewangan dalam bentuk e-Dompet dengan kadar RM300 yang dikreditkan setiap bulan kepada mereka berkelayakan.

Mereka yang layak memohon bantuan ini, hendaklah menepati syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Untuk  yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS.

Pemohon kemudiannya perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

 

Penerima BINGKAS yang layak dan telah menerima kredit e-Dompet RM300 kemudiannya boleh membuat pembelian barangan keperluan di kedai-kedai di bawah program BINGKAS. Bagi tatacara lengkap cara menggunakannya, sila rujuk DI SINI.

Maklumat lebih lengkap BINGKAS boleh dirujuk Portal Rasminya DI SINI dan pendaftaran secara atas talian (online) boleh dikemukakan DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…