KWSP

Pengeluaran sebahagian Simpanan KWSP untuk semua pencarum: Syarat-syarat & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.

Selaras dengan perkara itu, pihak Kerajaan telah membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Dalam masa sama, terdapat pelbagai jenis perkara yang memboleh para ahli membuat sebahagian pengeluaran KWSP mereka. Berikut adalah senarai perkara tersebut:

Pengeluaran Sebahagian Simpanan KWSP

Pihak KWSP membenarkan pengeluaran sebahagian simpanan pencarum atas perkara-perkara tertentu. Antaranya adalah:

Membina Rumah 

Ahli boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 mereka bagi membina rumah. Syarat utama pengeluaran ini adalah ahli mesti memiliki sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2 dan tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.

Membeli Rumah

Untuk yang hendak membeli rumah, mereka boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2. Rumah yang hendak dibeli itu merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Membayar Ansuran Perumahan

Bagi meringankan beban ahli, KWSP membenarkan pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untukmembayar ansuran bulanan rumah sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan ahli selesai.

Membiayai Pendidikan

Ahli juga boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 KWSP untuk membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Perbelanjaan Kesihatan

Bagi ahli yang menghadapi  masalah kesihatan, mereka boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Cara Memohon

Untuk membuat pengeluaran-pengeluaran ini, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem i-Akaun Ahli KWSP.

Ahli juga boleh pergi ke cawangan-cawangan KWSP seluruh negara jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pengeluaran dan kaedah pelaksanaannya.

Maklumat lengkap  berkenaan perkara-perkara berkaitan faktor kebenaran pengeluaran KWSP boleh dirujuk DI SINI dan tatacara menggunakan e-Pengeluaran (i-Akaun) boleh dilihat – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…