swcorp

SWCorp Malaysia buka pengambilan banyak jawatan kosong: Gaji permulaan sehingga RM2,080

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan SWCorp

  1. PEGAWAI TADBIR N41/N44
    • Gaji Permulaan: RM2,080
  2. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29/L32
    • Gaji Permulaan: RM1,773
  3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29/N32
    • Gaji Permulaan: RM1,493
  4. PENOLONG JURU UKUR BAHAN JA29/JA36
    • Gaji Permulaan: RM1,549
  5. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29/KP32
    • Gaji Permulaan: RM1,493
  6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19/N22
    • Gaji Permulaan: RM1,352
  7. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N19/N22
    • Gaji Permulaan: RM1,352
  8. PEMBANTU JURUAUDIT W19/W22
    • Gaji Permulaan: RM1,353
  9. PEMBANTU OPERASI N11/N14
    • Gaji Permulaan: RM1,216

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal eJawatan SWCorp.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan jawatan pada 22 OKTOBER 2023 (AHAD).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan satu fasa penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sahaja menandakan permulaan kepada pengembaraan…
Pelbagai Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM): Pengambilan Sesi April 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM): Pengambilan Sesi April 2025

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong…
RM150 - RM500 Dibayar Setiap Bulan Ke Akaun: Ini Cara Memohon Bantuan Am Kerajaan

RM150 - RM500 Dibayar Setiap Bulan Ke Akaun: Ini Cara Memohon Bantuan Am Kerajaan

Dalam masyarakat yang pesat membangun, masih ramai individu dan keluarga yang tergolong dalam golongan memerlukan. Mereka bukan sahaja terdiri daripada…