i-lindung

Rakyat Malaysia boleh guna Simpanan KWSP dengan Inisiatif i-Lindung: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan insiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antara adalah apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan pelbagai kemudahan dan inisiatif kepada para ahlinya.

Ia termasuklah melalui platform i-Lindung yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan sejak tahun lalu. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini.

Inisiatif i-Lindung

i-Lindung KWSP adalah sebuah platform layan diri i-Akaun (Ahli) KWSP bagi tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

Melalui PPA ini, para ahli KWSP boleh membeli produk insurans atau takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan dengan menggunakan simpanan KWSP mereka.

Antara erlindungan yang ditawarkan adalah perlindungan hayat dan perlindungan penyakit kritikal.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pengguna i-Akaun (Ahli) KWSP;
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP.

Cara Memohon

Bagi ahli yang telah mendaftar i-Akaun (Ahli) KWSP, permohonan i-Lindung boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Log masuk ke i-Akaun (Ahli);
  • Klik pada tab i-Lindung;
  • Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT;
  • Lengkapkan maklumat di portal SIT;
  • Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP;
  • Penerimaan penyata maklumat dari SIT.

 

Perlindungan yang dibeli akan bermula pada hari polisi/sijil yang telah dikeluarkan oleh SIT. Polisi/sijil itu akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam ‘Pelan Perlindungan Saya’ di bawah i-Lindung.

Setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan secara serta-merta, tetapi mungkin akan mengambil masa beberapa hari.

Maklumat lengkap berkenaan i-Lindung boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…