kredit

Kredit e-Tunai RM100 dikreditkan bulan ini: Senarai mereka yang layak & cara menebusnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Kredit e-Tunai yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Kredit e-Tunai RM100

Semasa menyampaikan ucapan di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian Kredit e-Tunai sebanyak RM100.

Bantuan ini nanti akan diberikan kepada seluruh rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah,” katanya.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pelaksanaan

Berdasarkan kenyataan daripada Kementerian Kewangan, Kredit e-Tunai ini akan dilaksanakan pada suku ke empat tahun 2023 atau sekitar bulan Oktober 2023.

Bantuan ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40 berkelayakan.

Berkenaan dengan cara penebusan pula, ia mungkin boleh dibuat melalui platform-platform e-Tunai seperti Boost; Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

Namun begitu, kaedah penebusan yang tepat hanya akan diketahui melalui pengumuman rasmi Kerajaan dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain, pihak Kerajaan telah pun membayar Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada para penjawat awam dan RM200 kepada pesara kerajaan pada 10 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…