tunai

Bantuan Tunai SARA RM100 mula dikreditkan esok: Senarai penerima & cara semak kelulusan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –

Bantuan SARA

Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah memperkenalkan  program bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Di bawah STR ini, pihak juga memperkenalkan sebuah bantuan tambahan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

SARA adalah sumbangan tambahan sebanyak RM600 kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih. Ia kemudiannya boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan makanan asas di pasaraya/kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Cara Pembayaran

Bagi penerima SARA daripada Semenanjung Malaysia (selain Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) mereka akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.

Mereka kemudiannya boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Bagi yang ingin membuat semakan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR. Manakala, maklumat lebih lengkap SARA, sila rujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…