Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan PPUM
- PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U41
- PEGAWAI SAINS (KIMIA HAYAT) GRED C41
- JURU X-RAY (RADIOTERAPI) GRED U41
- PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29
- JURUPULIH PERUBATAN (CARA KERJA) GRED U29
- JURU X-RAY (RADIOTERAPI) GRED U29
- JURURAWAT GRED U29
- PENOLONG AKAUNTAN GRED W29
- PEMBANTU KEMAHIRAN H19
- PEMBANTU OPERASI GRED N11
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Jawatan PPUM.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan jawatan pada 06 NOVEMBER 2023 (ISNIN).
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dilihat DI SINI.