bantuan e-tunai

Bantuan e-Tunai RM100 untuk semua rakyat Malaysia B40 & M40: Berikut tarikh pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Kredit e-Tunai yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan e-Tunai RM100

Ketika menyampaikan ucapan di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian Kredit e-Tunai RM100.

Kredit e-Tunai ini akan diberikan kepada seluruh rakyat dewasa yang berpendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah,” katanya.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong, bantuan e-tunai ini akan dibuat pada bulan Disember 2023.

“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya seperti dipetik Bernama.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Berkenaan dengan cara menebusnya pula, ia mungkin boleh dibuat melalui platform-platform e-Tunai seperti Boost; Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

Namun begitu, kaedah penebusan yang tepat hanya akan diketahui melalui pengumuman rasmi Kerajaan dari semasa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…