str 2024

Permohonan baru STR 2024 telah dibuka untuk semua rakyat Malaysia: Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan Madani 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Bagi tahun 2024, pihak Kerajaan setuju untuk meneruskan pemberian STR kepada rakyat Malaysia dalam kategori B40 dan M40. Para penerima pula merangkumi isi rumah, bujang dan warga emas.

Malah, di bawah belanjawan sama – kadar maksimum STR ditingkatkan dari RM3,100 kepada RM3,700. Manakala, adar minimum STR untuk golongan belia juga ditingkatkan daripada RM350 kepada RM500.

Pemberian STR 2024 akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa negara ini.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Permohonan STR Fasa 4

Untuk makluman, permohonan baru STR Fasa 4 telah dibuat pada 01 November 2023. Berikut adalah perkara penting yang semua perlu tahu:

  • Pemohon yang perlu membuat kemas kini:
    • Permohonan yang tidak dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021,
      BKM 2022 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pedalaman Sabah / Sarawak
    • Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat
  • Pemohon yang perlu membuat permohonan baru:
    • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024

 

Berkenaan dengan kaedah membuat permohonan baru atau membuat kemas kini, ia hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR.

Selain itu, permohonan juga boleh dibuat dengan hadir ke:

  • Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL);
  • Pejabat Satelit HASiL;
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR.

 

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR 2024, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…