bantuan bmt

Bantuan BMT dinaikkan kepada RM800: Senarai penerimanya yang dibayar bulan ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan Februari 2023 lalu.

Berikut adalah antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan BMT

BMT atau Bantuan Musim Tengkujuh adalah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 dan telah dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 sebelum ini.

Tujuan utama bantuan ini adalah bagi meringankan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Satu lot hanya seorang penerima sahaja (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan;
  • Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
    • Warganegara Malaysia
    • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
    • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
    • Pemilik tanah yang sah
    • 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)
    • Warganegara Malaysia
    • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
    • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
    • 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
    • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat.

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, pembayaran BMT akan dibuat secara secara berperingkat sebanyak empat fasa (RM200 setiap fasa). Tarikh mula pembayaran adalah pada bulan November 2023 sehingga Februari 2024 iaitu selama 4 bulan.

Kaedah pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang diluluskan permohonan mereka.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Manakala, maklumat lebih lengkap berkenaan BMT, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…