Menangis ketika pulang berniaga: Kisah kejayaan usahawan Kedah ni buatkan ramai kagum

Tidak ada yang mudah dalam dunia ini dan kita sememangnya perlu terus berusaha serta bertawakal dalam menjalaninya. Itulah juga yang dilalui oleh Siti Rokhiah Abdullah yang kini segala penat lelahnya telah membuahkan hasil sehingga bergelar usahawan berjaya.

Memulakan perniagaan rempeyeknya pada tahun 2016 dengan hanya bermodalkan RM100. Rokhiah bersama suaminya mula menjual rempeyek mereka itu di sekitar Kampung Padang Temusu, Pokok Sena, Kedah dengan mengetepikan segala perasaan malu dan berbekalkan tekad. Mereka seterusnya berniaga di kampung-kampung lain dan pasar malam untuk menambah pendapatan keluarga.

Malah, Rokhiah mendakwa beliau pernah menangis ketika balik dari berniaga kerana ada pelanggan yang mengatakan rempeyeknya tidak sedap. Mengambil kritikan itu sebagai motivasi menambah semangat, beliau dan suami kemudiannya menambah baik adunan dari semasa ke semasa sehingga ia menjadi cukup sedap dan diterima ramai pada hari ini.

Kini, selepas lebih 4 tahun beroperasi, Rokiah menarik nafas lega apabila perniagaannya semakin berkembang maju dengan dibantu 30 orang pekerja dan 50 ejen di serata Malaysia.

“Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, saya menghasilkan rempeyek dengan menggunakan kira-kira 300 kilogram tepung gandum sehari bagi memenuhi permintaan pasaran di seluruh negara.” – Rokhiah, petikan dari Utusan Malaysia.

Produk keluaran Rempeyek Che Yah Enterprise.

Jika dahulu mereka sekeluarga hanya bergantung kepada pendapatan suaminya yang hanya berniaga ikan di bandar Alor Setar, kini mereka sekeluarga bukan sahaja semakin selesa. Malah, dapat membantu penduduk kampung dengan menyediakan pekerjaan.

Bukan itu sahaja, populariti rempeyek Rokhiah juga telah sampai kepada DYMM Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, yang memuji keenakan kudapan tradisional tersebut.

“Pengalaman paling tidak dapat dilupakan ialah apabila sebelum ini Rempeyek Che Yah mendapat pujian daripada Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.” – Rokhiah, petikan dari Utusan Malaysia.

Kepada yang berminat dan ingin merasai rempeyek istimewa Siti Rokhiah, anda boleh membuat tempahan Rempeyek Che Yah di talian 019-4506618 atau 012-4612583.

Sumber: Utusan Malaysia.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…