Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.
Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan tunai yang diperkenalkan: –
Bantuan STR 2023
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia daripada kategori B40 dan M40 merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.
Pada asasnya, bagi tahun 2023 – pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 4 telah pun selesai diagihkan kepada mereka yang layak dan diluluskan permohonan mereka.
Pembayaran Fasa 4 sebagai contoh telah mula dikreditkan kepada yang layak bermula pada 07 November 2023.
Kadar STR Fasa 4
Untuk makluman, pembayaran STR Fasa 4 akan melibatkan kadar minima RM200 dan maksimum RM1,200, berdasarkan kadar gaji dan tanggungan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan kadar STR Fasa 4:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Cara Pembayaran
Kaedah pembayaran STR adalah secara kredit terus ke akaun penerima berkelayakan.
Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.