e-tunai

Bantuan e-Tunai RM100 boleh ditebus Disember ini: Terbuka untuk semua rakyat Malaysia

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah pemberian e-Tunai yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan e-Tunai RM100

Ketika di majlis Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian e-Tunai sebanyak RM100.

Menurutnya, pemberian e-Tunai itu akan disalurkan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas, dengan syarat berpendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah.

Bantuan e-Tunai ini sekaligus akan dimanfaatkan oleh lebih 10 juta penerima dari kalangan mereka dari kategori B40 dan M40.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah,” katanya.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong, pembayaran bantuan e-Tunai ini akan dibuat pada bulan Disember 2023.

“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya kepada BERNAMA.

Berkenaan dengan kaedah pelaksanaan dan penebusan, ia akan dimaklumkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…