bkpkk

Bantuan Kewangan RM3,600 setahun atau RM300 setiap bulan: Cara memohon bantuan BKPKK

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah BKPKK yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan Kewangan BKPKK

BKPKK atau Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Bantuan ini melibatkan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM300 setiap bulan bagi dua semester pengajian.

Oleh kerana, satu semester mengambil masa selama 6 bulan, maka jumlah keseluruhan untuk dua semester atau setahun adalah sebanyak RM3,600.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Cara Memohon

Untuk mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk makluman, pelajar yang layak menerima bantuan kewangan ini bagi sepanjang setahun/dua semester pengajian hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Maklumat lengkap tentang BKPKK – boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…