e-madani

Sumbangan e-Madani RM100 boleh ditebus hari ini: Senarai penuh penerima & cara menebusnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah pemberian e-Tunai yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Sumbangan e-Madani RM100

E-Madani pada asasnya merupakan sumbangan e-Tunai sebanyak RM100 yanag bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai dan meringankan beban kewangan rakyat.

Program ini akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan berpendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023;
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Cara Menebus

Berdasarkan kenyataan rasmi Kerajaan, penebusan e-Madani boleh mula dibuat mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.

Setelah e-Tunai itu berjaya dipohon dan dikreditkan , ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024.

Selepas tarikh akhir itu, baki kredit e-Madani yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Penebusan e-Madani ini boleh dibuat melalui penyedia-penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat iaitu: MAE; Setel; ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Langkah-langkah penebusan adalah seperti berikut:

  • Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App StoreGoogle Play Store atau Huawei AppGallery;
  • Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi  e-dompet tersebut;
  • Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik ‘KnowYourCustomer’ (eKYC);
  • Langkah 4: Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”;
  • Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Belanjawan 2024 – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM200 Dikreditkan Automatik Ke Kad Pengenalan (MyKad): Ini Cara Semak Kelayakan

Bantuan RM200 Dikreditkan Automatik Ke Kad Pengenalan (MyKad): Ini Cara Semak Kelayakan

Golongan B40 merujuk kepada kumpulan 40% isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, B40 terdiri daripada isi…
Pengambilan Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Negeri: Tarikh Tutup 09 April 2025

Pengambilan Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Negeri: Tarikh Tutup 09 April 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang. sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR RM650 Telah Dikreditkan Ke Akaun Atau Pengambilan Tunai di BSN: Ini Senarai Penuh Penerima

STR RM650 Telah Dikreditkan Ke Akaun Atau Pengambilan Tunai di BSN: Ini Senarai Penuh Penerima

Golongan B40 dan M40 merupakan kumpulan utama dalam struktur ekonomi Malaysia, masing-masing merangkumi 40% penduduk berpendapatan rendah dan sederhana. Kedua-dua…