bayaran khas

Bayaran khas RM2,000 mula dikreditkan bulan depan: Semak sama ada layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewanga (BKK).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bayaran Khas RM2,000

Antara Kerajaan Negeri yang telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan atau BKK adalah Kerajaan Negeri Sabah. Hal ini apabila pihak Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan BKK sebanyak RM2,000.

Bantuan khas itu akan diberikan kepada semua penjawat awam negeri, termasuk bertaraf sementara, kontrak dan pekerja sambilan harian.

Tindakan itu diambil sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan usaha penjawat awam dalam menggalas tugas yang diamanahkan demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan negeri, Datuk Masidi Manjun – pembayaran bantuan khas itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu pada  RM1,000 dibayar pada Januari 2024 dan RM1,000 lagi dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri 2024.

“Saya berharap insentif ini akan memberi suntikan semangat kepada penjawat awam negeri untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Sabah.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Kerajaan Sabah membentangkan belanjawan lebihan berjumlah RM5.701 bilion untuk tahun 2024 berbanding RM5.138 bilion peruntukan yang diperuntukan untuk tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…