Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan MARA
- PEGAWAI EHWAL EKONOMI (GRED E41)
- PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI (GRED E29)
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N29)
- PEMBANTU MAKMAL (GRED C19)
- JURUTEKNIK KOMPUTER (GRED FT19)
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) (GRED N19)
- PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT (GRED N19)
- PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W19)
- PEMBANTU OPERASI (GRED N11)
- PEMANDU KENDERAAN (GRED H11)
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Jawatan MARA.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Tarikh tutup permohonan jawatan pada 31 DISEMBER 2023 (AHAD).
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh dirujuk DI SINI.