Ditubuhkan pada 1 Januari 1998, Lembaga Getah Malaysia (LGM) adalah badan yang bertanggungjawab dalam perihal industri getah di negara ini. LGM terbentuk hasil dari dabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) bagi meneruskan usaha memajukan serta membangunkan industri getah.
Selaras dengan itu, pada tahun 2021 – LGM telah membuka lebih 19 kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah senarai kekosongan jawatan di LGM:
- PEGAWAI TADBIR (PEMBANGUNAN PERNIAGAAN & PEMASARAN) – GRED N48
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F41
- PEGAWAI TADBIR (6 KEKOSONGAN) – GRED N41
- PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED FA29
- PENOLONG JURUTERA – GRED JA29
- PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA – GRED KP29
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29
- PENJAGA JENTERA ELEKTRIK – GRED J22
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19
- PEMBANTU AWAM – GRED H11
- PEMANDU KENDERAAN – GRED H11
- OPERATOR LOJI – GRED H11
- PEMBANTU OPERASI – GRED H11
Syarat kelayakan bagi jawatan:
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Jawatan terbuka kepada calon dari taraf pendidikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda, mengikut syarat khusus jawatan.
- Mendapat kepujian Bahasa Melayu dalam PMR atau SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara permohonan:
Kepada calon yang berminat dan berkelayakan maklumat iklan jawatan dengan lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Bagi permohonan jawatan, calon dikehendaki mengisi maklumat dan mengemukakan permohonan di pautan berikut:
- Jawatan GRED 41 – 54 (KLIK SINI)
- Jawatan GRED 29 – 40 (KLIK SINI)
- Jawatan GRED 19 – 28 (KLIK SINI)
- Jawatan GRED 11 – 18 (KLIK SINI)
Selepas permohonan, hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga. Kepada calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka itu sebagai tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 05 MAC 2021.
_________
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021