dividen

Agihan pendapatan (dividen) ASB: Tarikh agihan pendapatan & bonus bagi tahun 2023

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah sebuah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia ditubuhkan pada 22 Mei 1979 sebagai syarikat pengurusan unit amanah di bawah PNB.

Antara produk utama ASNB adalah Amanah Saham Bumiputera ASB. Objektif utama ASB adalah bagi menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.

Dividen ASB 2023

Untuk makluman, pihak ASNB telah pun mengumumkan penangguhan urus niaga bagi unit amanah Amanah Saham Bumiputera (ASB) bermula dari 22 hingga 25 Disember 2023.

Akan tetapi, istimewanya pada tahun ini, transaksi pelaburan tambahan tunai dalam ASB boleh dilakukan bermula 26 Disember 2023.

Transaksi pelaburan itu kemudiannya akan diambil kira untuk baki minimum bulanan pada bulan Januari 2024 dan ia akan dapat memberi manfaat kepada pemegang unit menikmati pengiraan penuh pengagihan pendapatan bermula Januari 2024.

Berikut adalah maklumat agihan pendapatan ASB bagi tahun 2022 sebelum ini:

  • Pengagihan Pendapatan: 3.35 sen per unit
  • Bonus: 1.25 sen per unit
  • Bonus Tambahan: 0.50 sen per unit (untuk 30,000 unit pertama)

 

Berikut pula adalah agihan pendapatan ASB bagi tahun-tahun sebelumnya lagi:

Tarikh Pengumuman

Setakat ketika artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang maklumn daripada pihak ASNB tentang tarikh rasmi pengumuman agihan pendapatan ASB.

Akan tetapi, pada tahun lalu – tarikh pengumuman agihan pendapatan ASB adalah pada 22 Disember 2023.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Semua pemegang unit yang mempunyai baki minimum 1 unit dalam ASB adalah layak untuk mendapatkan pengagihan Bonus ASB dan Bonus Tambahan ASB.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Pada ketika ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Musim tengkujuh sering kali dikaitkan dengan hujan lebat, banjir kilat, dan angin kencang yang melanda kawasan tertentu di Malaysia. Fenomena…
Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Penjawat awam merupakan nadi utama dalam sistem pentadbiran sesebuah negara. Mereka memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan dasar-dasar kerajaan…