str 2024

STR 2024 Fasa 1: Maklumat tarikh dan jumlah bayaran untuk penerima B40 & M40

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

STR 2024

STR adalah sebuah bantuan tunai yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Bagi pembayaran STR tahun 2024, ia akan dibuat sebanyak empat fasa. Berikut adalah maklumat berkenaan pembayaran STR 2024 Fasa 1:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan anak 1 – 2: RM500
  • Bilangan anak 3 – 4: RM500
  • Bilangan anak 5 & ke atas:RM500

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM100
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM250
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM100

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM150

Tarikh Pembayaran

Mengikut jadual STR seperti mana diterbitkan Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 1 akan dibuat pada Februari 2024.

Kaedah pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak diluluskan. Manakala, bagi yang tiada akaun bank – pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…