Mengejutkan, benarkah 30 peratus ahli KWSP hanya tinggal RM100 dalam Akaun 1?

Seperti yang diketahui, kerajaan sebelum ini telah memperkenalkan Skim Pengeluaran i-Sinar yang membenarkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan sejumlah wang dari Akaun Simpanan 1 masing -masing. Walaupun langkah itu dilihat sebagai salah satu usaha membantu meringankan beban mereka yang terjejas, tetapi kebimbangan juga timbul tentang implikasinya.

Ini kerana, KWSP melaporkan hampir 30 peratus ahli badan berkenaan telah mengeluarkan kesemua wang simpanan persaraan mereka di dalam Akaun 1. Ia sekaligus membuatkan mereka hanya mempunyai RM100 dalam akaun berkenaan, seperti syarat yang ditetapkan.

Mengulas perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Raja Mohd Alias berkata, perkembangan tersebut merisikokan keperluan masa depan dan meletakkan beban pada ruang fiskal ahli.

“Simpanan ahli menyusut dengan sangat membimbangkan. Mereka hanya ada RM100 dalam Akaun 1. Hampir 60 peratus pula telah dan akan menggunakan semua simpanan di Akaun 2 untuk digunakan lain pengeluaran seperti rumah, perubatan dan pendidikan.” – Tunku Alizakri Raja Mohd Alias, petikan dari laporan Kosmo.

Dalam masa sama, KWSP memaklumkan bahawa sebanyak RM18.1 bilion simpanan telah dikeluarkan oleh 5.16 juta ahlinya melalui Skim Pengeluaran Akaun 2 i-Lestari yang dilancarkan sebelum ini.

Bagi memupuk kesedaran ahli tentang pentingnya simpanan persaraan, KWSP akan mengadakan lebih banyak aktiviti kesedaran dan mendatangkan produk yang lebih baik bagi memastikan ahli kekal yakin terhadap KWSP sebagai badan terbaik simpanan di hari tua.

Sumber: Kosmo & Astro Awani.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…