Pusat Sains Negara buka kekosongan di bawah MyStep. Tawaran gaji bermula RM1,800

Sejak berlakunya hambatan pandemik pada tahun lalu, antara mereka yang paling terkesan adalah golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan dan sebagainya. Malah, ia menambahkan lagi cabaran kepada graduan-graduan baru yang kini berdepan dengan ancaman pengangguran yang semakin meningkat.

Oleh itu, salah satu inisiatif kerajaan adalah dengan memperkenalkan Program Pekerjaan Jangka Pendek (Mystep) yang akan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bermula Januari 2021.

Selaras dengan inisiatif berkenaan, pihak Pusat Sains Negara telah membuka kekosongan jawatan di bawah MyStep melalui status lantikan kontrak.

Berikut adalah syarat pendidikan dan gaji yang ditawarkan:

  1. Ijazah Sarjana Muda dan setaraf (RM2,000)
  2. Diploma dan setaraf (RM1,800)

 

Syarat kelayakan bagi jawatan adalah:

  1. Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh permohonan ditutup.
  2. Mempunyai kelayakan akademik seperti yang ditetapkan – calon hendaklah sekurangnya dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan.
  3. Boleh bekerja di bawah pengawasan minimum dan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.

 

Cara permohonan:

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume, gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan dan salinan akademik ke alamat emel: [email protected]

Bagi maklumat lanjut dan jika ada sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi pegawai bertugas En. Arif Fakhrie Johari di talian: 013-3153938. 

Tarikh tutup permohonan adalah pada: 15 MAC 2021.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…