bantuan lesen

Bantuan lesen percuma untuk rakyat Malaysia: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah melanjutkan Program MyLesen: –

Bantuan Lesen Percuma

Program MyLesen adalah sebuah inisiatif yang melibatkan bantuan Kerajaan untuk membayar ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi bagi belia daripada keluarga kurang mampu.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bantuan tersebut akan dinikmati oleh lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.

“Kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu,” katanya.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
  • Sihat fizikal dan mental;
  • Bebas senarai hitam mahkamah, JPJ atau PDRM;
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu.

Cara Memohon

Berdasarkan maklumat dari Portal Rasmi Kementerian Kewangan, permohonan bantuan ini masih belum dibuka dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga akan mengagihkan 100 ribu topi keledar termasuk untuk kanak-kanak secara percuma kepada keluarga kurang mampu.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…