bantuan khas

Bantuan Khas RM2,500 dibayar 2 kali tahun ini: Tak perlu memohon & senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Khas Kewangan

Melalui Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500.

Bantuan khas itu akan diberikan kepada sekitar 6,662 orang penjawat awam di negeri berkenaan.

“Adalah diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bantuan khas ini akan dilaksana secara berperingkat sebanyak dua fasa iaitu pada hujung Februari sebagai persediaan persekolahan. Manakala, kali kedua pula pada penghujung Mac menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ia akan dikredit terus ke akaun penerima dan tidak melibatkan sebarang permohonan.

Dalam masa sama, di bawah Belanjawan sama juga mengumumkan pelbagai lagi inisiatif lain antaranya seperti meneruskan Bantuan Anak Sekolah (B.A.S) untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dengan peruntukan sebanyak RM900,000 ribu dan Biasiswa Anak Negeri untuk pelajar-pelajar sekolah menengah dengan peruntukan sebanyak RM800,000.

Kerajaan negeri turut bersetuju memberikan Skim Dermasiswa Sara Hidup berupa bantuan sara hidup RM150 sebulan kepada para pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari keluarga kurang berkemampuan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lengkap berkenaan Belanjawan Negeri Sembilan 2024, sila rujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…