e-wallet

Bantuan e-Wallet RM100 masih boleh ditebus bulan ini (Februari 2024): Ini cara menebusnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah pemberian e-Wallet yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan e-Wallet RM100

Bantuan e-Wallet dengan kadar RM100 ini diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan dikenali sebagai eMADANI. Bantuan ini pada asasnya mempunyai objektif tiga serampang iaitu bagi memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.

Bantuan ini akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia dan boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023;
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Cara Menebus

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, penebusan bantuan ini boleh dibuat melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat iaitu MAE; Setel; ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Langkah-langkah menebus adalah seperti berikut:

  • Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
  • Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
  • Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik ‘Know-Your-Customer’ (eKYC).
  • Langkah 4: Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”.
  • Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.

Permohonan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak. Permohonannya dibuka mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024. Selepas tarikh akhir berkenaan, baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Maklumat lengkap tentang eMADANI boleh dirujuk Portal Rasminya Belanjawan 2024 DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM200 Dikreditkan Automatik Ke Kad Pengenalan (MyKad): Ini Cara Semak Kelayakan

Bantuan RM200 Dikreditkan Automatik Ke Kad Pengenalan (MyKad): Ini Cara Semak Kelayakan

Golongan B40 merujuk kepada kumpulan 40% isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, B40 terdiri daripada isi…
Pengambilan Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Negeri: Tarikh Tutup 09 April 2025

Pengambilan Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Negeri: Tarikh Tutup 09 April 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang. sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR RM650 Telah Dikreditkan Ke Akaun Atau Pengambilan Tunai di BSN: Ini Senarai Penuh Penerima

STR RM650 Telah Dikreditkan Ke Akaun Atau Pengambilan Tunai di BSN: Ini Senarai Penuh Penerima

Golongan B40 dan M40 merupakan kumpulan utama dalam struktur ekonomi Malaysia, masing-masing merangkumi 40% penduduk berpendapatan rendah dan sederhana. Kedua-dua…