bantuan rm100

Bantuan RM100 setiap tahun untuk anak yang dilahirkan: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Belanjawan-Belanjawan 2024 di peringkat Persekutuan dan Negeri yang telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi membantu mereka yang layak dan memerlukan.

Berikut maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan RM100 setiap bulan

Di bawah Belanjawan 2024 Selangor, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Program Iltizam Anak Selangor.

Program ini pada asasnya melibatkan sumbangan Kerajaan Negeri sebanyak RM100 setahun selama lima tahun menerusi akaun SSPN Prime kepada anak-anak yang baru dilahirkan di Negeri Selangor mulai tahun 2022.

Wang tabungan itu diberikan sebagai usaha Kerajaan Negeri membantu simpanan pendidikan anak-anak apabila mereka mencapai usia 18 tahun dan ke atas nanti di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Anak lahir bermula tahun 2022;
  • Warganegara Malaysia;
  • Anak lahir di Selangor;
  • Penjaga menetap di Negeri Selangor;
  • Penjaga merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.

Cara Memohon

Untuk  mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan program ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Iltizam Anak Selangor.

Pemohon kemudiannya perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan seperti mana yang ditetapkan seperti:

  • Salinan Sijil Kelahiran anak;
  • Salinan MyKad Penjaga;
  • Salinan SPR;
  • Sekiranya penjaga bukan Ibu / Bapa
    • Surat Perakuan Anak Angkat (Sekiranya Anak Angkat)
    • Surat Akuan Sumpah (selain bukan anak angkat)

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program ini sila rujuk DI SINI dan permohonan pula boleh dibuat DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…