kwsp

Pengeluaran KWSP Akaun 2 untuk semua pencarum: Syarat-syarat & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.

Selaras dengan perkara itu, pihak Kerajaan telah membenarkan pengeluaran dari simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Dalam masa sama, terdapat pelbagai jenis perkara yang memboleh para ahli membuat sebahagian pengeluaran KWSP mereka. Berikut adalah senarai perkara tersebut:

Pengeluaran KWSP Akaun 2

Terdapat beberapa perkara yang membolehkan pengeluaran dari Akaun 2 KWSP antaranya adalah:

Membina rumah

Untuk ahli yang hendak membina rumah, mereka boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 dengan syarat memiliki sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun berkenaan dan tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.

Membeli rumah

Jika hendak membeli rumah, pengeluaran dari Akaun 2 juha boleh dibuat. Jenis-jenis rumah yang boleh dibeli merangkumi  banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Membayar ansuran perumahan

Sekiranya pencarum berdepan masalah membayar ansurans perumahan, mereka boleh memohon pengeluaran dari Akaun 2. Pengeluaran itu boleh dibuat bagi membayar ansuran bulanan rumah sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan ahli selesai.

Membiayai pendidikan

Pencarum juga boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Mencapai usia 50 tahun

Untuk pencarum yang mencapai usia 50 tahun, mereka boleh membuat pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan mereka.

Rawatan kesihatan

Jika pencarum menghidap masalah kesihatan, mereka boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Cara Memohon

Untuk membuat pengeluaran-pengeluaran seperti yang disenaraikan, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem i-Akaun Ahli KWSP.

Pencarum juga boleh pergi ke cawangan-cawangan KWSP seluruh negara jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pengeluaran dan kaedah pelaksanaannya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan perkara-perkara berkaitan faktor kebenaran pengeluaran KWSP boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Dalam landskap ekonomi Malaysia, masyarakat sering dibahagikan kepada beberapa kumpulan pendapatan utama, dengan dua daripadanya yang paling kerap dibincangkan ialah…
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…