kredit

Kredit e-Tunai RM100 masih boleh ditebus sehingga 20 Februari 2024: Ini cara buat penebusan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah pemberian e-Tunai yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Kredit e-Tunai RM100

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan kredit e-Tunai yang dikenali sebagai eMADANI.

Program ini adalah kesinambungan kepada program e-dompet sebelum ini dan mempunyai objektif tiga serampang iaitu untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.

Kadar eMADANI yang ditetapkan adalah sebanyak RM100 dan ia boleh digunakan bagi pembelian secara fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-Tunai yang terpilih.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023;
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Cara Menebus e-Tunai

Penebusan sumbangan e-Tunai ini boleh dibuat melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat iaitu MAE; Setel; ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Tatacara menebus adalah seperti berikut:

  • Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
  • Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
  • Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik ‘Know-Your-Customer’ (eKYC).
  • Langkah 4: Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”.
  • Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.

 

Permohonannya dibuka mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024. Ia kemudiannya perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024.

Selepas tarikh akhir berkenaan, baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap tentang eMADANI boleh dirujuk Portal Rasminya Belanjawan 2024 – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…