rumah mesra

Permohonan Rumah Mesra Rakyat untuk semua rakyat Malaysia: Ini panduan memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang diperkenalkan di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program bantuan kediaman ini: –

Rumah Mesra Rakyat

Program Rumah Mesra Rakyat atau RMR diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Antara ciri-ciri utama rumah RMR adalah ia dibina dengan keluasan 750 kps pada harga bermula RM75,000 seunit. Rumah satu tingkat berkenaan akan memiliki 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Setiap unit rumah juga akan menerima subsidi pembinaan sebanyak RM20,000. Pembiayaan yang disediakan pula adalah tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun;
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000;
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada reka bentuk);
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan rumah ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem RMR Online.

Pemohon kemudiannya perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan seperti mana yang ditetapkan oleh pihak SPNB:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan);
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah;
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan);
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru;
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua;
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang;
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah;
  • Salinan sijil nikah pemohon;
  • Borang laporan tapak bergambar.

 

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program ini, sila rujuk di Portal Rasmi SPNB – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…
Jawatan Kosong POS Malaysia Berhad: Tawaran Gaji Sehingga RM2,499

Jawatan Kosong POS Malaysia Berhad: Tawaran Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, POS Malaysia Berhad kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…