I-SURI

Permohonan i-Suri 2024 KWSP masih dibuka: Ahli layak terima insentif khas RM300

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memperkenalkan sebuah inisiatif dikenali sebagai i-Suri.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program ini:

i-Suri KWSP

i-Suri adalah sebuah program yang diperkenalkan oleh KWSP bagi membolehkan golongan suri rumah untuk mencarum dan menerima insentif khas daripada Kerajaan.

Program ini bertujuan untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.

Antara faedah-faedah utama i-Suri ini adalah:

  • Insentif Khas
    • Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa;
  • Dividen Tahunan
    • Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan;
  • Bantuan Kematian
    • ​Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP​;
  • Pelepasan Cukai
    • Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Ahli KWSP;
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) berdasarkan senarai terkini​.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan i-Suri, pendaftarannya boleh dibuat melalui laman web rasmi KWSP (Pendaftaran i-Saraan Dalam Talian); pejabat KWSP; Self Service Terminal (SST) atau KWSP i-Akaun.

Dimaklumkan juga bahawa caruman inisiatif ini boleh dibuat melalui pelbagai cara seperti:

  • Aplikasi Mudah Alih;
  • Perbankan Internet;
  • Ejen Bank Berdaftar;
  • Kaunter Ejen Bank;
  • Kaunter KWSP.

 

Maklumat lebih teliti berkenaan program ini boleh dilihat di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…