bantuan e-wallet

Dikreditkan setiap bulan untuk perbelanjaan harian: Cara memohon e-Wallet BINGKAS RM300

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui sebuah bantuan kewangan berbentuk Bantuan e-Wallet yang diperkenalkan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan e-Wallet RM300

Bantuan e-Wallet sebanyak RM300 ini diberikan secara bulanan (setiap bulan) kepada golongan B40 berkelayakan. Ia secara tepatkan dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS.

Pada asasnya, BINGKAS akan menyalurkan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor dan ia bertujuan untuk menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

Pemberian e-Wallet ini kemudiannya boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan asas harian seperti bahan masakan, peralatan persekolahan, peroduk tenusu, kelengkapan mandian dan sebagainya.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

Cara Memohon

Bagi permohonan BINGKAS, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS atau melalui aplikasi Selangkah Selangor.

Penerima kemudiannya boleh menggunakan e-Wallet berkenaan bagi membuat pembelian barangan keperluan di kedai-kedai di bawah program BINGKAS. Senarai panel kedai boleh disemak di portal rasmi BINGKAS.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lebih lengkap, cara menggunakan dan cara memohon – boleh dirujuk Portal Rasminya DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…