Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Hal yang sama di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat tahun lalu. Berikut adalah antara program yang telah diperkenalkan: –
Skim Mikro/i MADANI Umum
Skim Mikro/i MADANI Umum adalah sebuah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2024 yang berobjektif untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation).
Ini adalah maklumat kemudahan pembiayaan ini:
- Jumlah Pembiayaan: RM5,000 – RM50,000
- Tempoh Pembiayaan: 1 tahun hingga 5 tahun
- Kadar Pembiayaan: 4.00% setahun (kadar tetap)
- Skop Pembiayaan:
- Peruncitan dan pemborongan
- Pembuatan
- Perkhidmatan
- Lain-lain sektor dan sub-sektor yang akan dipertimbangkan oleh Pengurusan BSN berdasarkan kes
Syarat-syarat Kelayakan
Skim pembiayaan ini dibuka untuk perusahaan mikro (Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd.) dan menepati syarat-syarat di bawah:
- Dimiliki oleh warganegara Malaysia;
- Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam)
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Semenanjung Malaysia atau Pihak Berkuasa / Pejabat Daerah bagi Sabah dan Sarawak / Agensi / Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional)
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam bulan.
Cara Memohon
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Skim Mikro/i MADANI Umum ini boleh dibuat secara atas talian (online) portal rasmi BSN.
Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut ketika permohonan:
- Pendaftaran perniagaan dengan SSM dan/atau Lesen Perniagaan dengan Majlis Daerah/Majlis Perbandaran/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/permit operasi/Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah;
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik dan Rakan Kongsi;
- Penyata Bank untuk 3 bulan terkini;
- Salinan bil utiliti terkini;
- Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak bank.
Untuk maklumat lengkap berkenaan skim ini, sila rujuk di Portal Rasmi Belanjawan 2024 – DI SINI.