bantuan hari raya

Senarai penerima Bantuan Hari Raya setakat bulan Mac 2024: Tak perlu memohon & semak sekarang

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri yang telah diumumkan oleh beberapa buah negeri. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan sempena perayaan ini: –

Bantuan Khas Aidilfitri RM1,200

Negeri terawal yang mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) adalah Pulau Pinang dengan kadar sebanyak etengah bulan gaji atau bayaran minimum RM1,200.

Bantuan khas ini diberikan kepada semua penjawat awam negeri berkenaan sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri kepada mereka.

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memberikan bantuan sama tapi dengan kadar RM300 kepada penyelia dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR).

Kadar sama juga disalurkan kepada kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) selain guru tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

Pembayaran bantuan ini telah pun dikreditkan ke akaun penerima pada 15 Mac 2024 lalu.

Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000

Negeri seterusnya adalah Perak yang mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK Raya) sebanyak RM1,000. Ia diberikan kepada semua penjawat awam negeri, termasuk 995 ketua kampung di negeri berkenaan.

“Buat julung kalinya juga, bantuan khas ini turut dipanjangkan kepada semua 995 ketua kampung di seluruh negeri,” kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bantuan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan 8,804 penerima. Ia adalah kesinambungan pemberian bantuan sama tahun lalu, tapi ketika itu dengan kadar RM700 kepada seluruh penjawat awam negeri berkenaan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…