fasa 2

STR 2024 Fasa 2: Berikut maklumat tarikh & jumlah bayaran untuk penerima B40 & M40

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

STR 2024

Bagi tahun 2024 ini, pembayaran STR telah ditambah baik dan diberikan secara lebih menyeluruh serta bersasar kepada mereka yang layak.

Ini kerana, hikmah penyasaran semula subsidi telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Oleh itu, kadar pembayaran STR pada tahun ini adalah antara RM350 hingga RM2,500 mengikut kategori penerima sama ada isi rumah, warga emas dan bujang.

Berikut adalah kadar keseluruhan STR tahun 2024 mengikut kategori penerima:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM1,000
  • Bilangan anak 1 – 2: RM1,500
  • Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
  • Bilangan anak 5 & ke atas:RM2,500

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan anak 1 – 2: RM750
  • Bilangan anak 3 – 4: RM1,000
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,250

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM350

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM600

Tarikh Pembayaran STR Fasa 2

Bagi pembayaran STR Fasa 2, ia akan dibuat pada bulan April 2024. Tentang kadar pembayaran STR Fasa 2, ia masih belum diumumkan secara rasmi dan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Pembayarannya STR Fasa 2 juga akan dibuat seperti fasa sebelumnya iaitu secara kredit terus ke akaun penerima yang layak dan diluluskan.

Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Apa yang pasti, STR bagi tahun 2024 ini akan melibatkan empat fasa pembayaran dan akan diberikan kepada golongan yang menepati syarat-syarat serta diluluskan permohonan mereka.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…