Bantuan Hari Raya Aidilfitri RM1,200 telah pun selesai dikreditkan: Berikut senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan sempena perayaan ini: –

Bantuan Hari Raya Aidilfitri

Bagi tahun 2024 ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau bayaran minimum RM1,200.

Pembayaran bantuan ini akan disalurkan kepada semua penjawat awam negeri Pulau Pinang. Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri juga memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM300 kepada  penyelia dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR).

RM300 turut dipanjangkan kepada kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) selain guru tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

Pembayaran Bantuan Hari Raya Aidilfitri

Untuk makluman, bantuan khas ini diberikan secara automatik kepada penerima yang layak dan tidak melibatkan sebarang permohonan.  Kaedah pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima pada 15 Mac 2024.

Selain itu, Kerajaan Negeri Perak turut memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK Raya) sebanyak RM1,000. Pemberian bantuan khas itu akan disalurkan kepada semua penjawat awam negeri dan para Ketua Kampung di Perak.

“Buat julung kalinya juga, bantuan khas ini turut dipanjangkan kepada semua 995 ketua kampung di seluruh negeri,” kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Bantuan itu pada asasnya melibatkan peruntukan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan 8,804 orang penerima.

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, adalah dipastikan ia dikreditkan ke akaun setiap penerima sebelum tibanya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dalam perkembangan lain, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) baru-baru ini menggesa Kerajaan Persekutuan supaya memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

“Kami merayu supaya kerajaan mengumumkan dalam waktu yang terdekat ini, kerana ada keluh kesah peniaga di luar sana apabila penjawat awam kurang kuasa beli.

“Jadi bantuan khas Aidilfitri ini mampu diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam dan pesara sebagaimana tradisi tahun-tahun sebelum ini,” kata Presiden Cuepacs Datuk Dr Adnan Mat.

ARTIKEL BERKAITAN

Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan FINAS Ogos - September 2025: Mohon Sekarang!

Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan FINAS Ogos - September 2025: Mohon Sekarang!

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong…
Permohonan Bantuan Bil Air Percuma Telah Dibuka: Ini Cara Memohon

Permohonan Bantuan Bil Air Percuma Telah Dibuka: Ini Cara Memohon

Air merupakan asas kehidupan yang tidak ternilai harganya. Setiap makhluk di bumi ini – manusia, haiwan, tumbuhan – sangat bergantung…
Banyak Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): Gaji Sehingga RM11,110

Banyak Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): Gaji Sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – Majlis Perbandaran Pekan (MPP) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi…