Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Dalam masa sama, pelbagai program juga diperkenalkan bagi menyokong simpanan rakyat khususnya golongan B40 melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ini kerana, KWSP telah pun datang dengan sebuah program yang dikenali seabagai i-Suri.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan i-Suri KWSP: –
Sumbangan RM300 dari i-Suri KWSP
i-Suri pada asasanya merupakan sebuah program yang membolehkan golongan suri rumah mencarum dan menerima insentif khas dari KWSP.
Ia juga bertujuan untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah terjaga dan mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga serta pembangunan negara.
Antara manfaat-manfaat utama i-Suri adalah sumbangan insentif khas 50 peratus bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa. Dimaklumkan bahawa had insentif seumur hidup adalah sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
Manfaat-manfaat lain i-Suri adalah:
- Dividen Tahunan
- Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan;
- Bantuan Kematian
- Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP;
-
Pelepasan Cukai
-
Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.
-
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Belum mencapai umur 55 tahun;
- Ahli KWSP;
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) berdasarkan senarai terkini.
Cara Mendaftar
Bagi urusan pendaftaran, ia boleh dikemukakan aman web rasmi KWSP (Pendaftaran i-Saraan Dalam Talian); pejabat KWSP; Self Service Terminal (SST) atau KWSP i-Akaun.
Setelah pendaftaran dibuat dan diterima, caruman boleh dibuat melalui pelbagai saluran iaitu:
- Aplikasi Mudah Alih;
- Perbankan Internet;
- Ejen Bank Berdaftar;
- Kaunter Ejen Bank;
- Kaunter KWSP.
Maklumat lebih teliti berkenaan program ini boleh dilihat di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.
Dalam masa sama, pihak KWSP juga ada memperkenalkan i-Lindung yang merupakan platform layan diri dalam i-Akaun (Ahli) yang memudahkan proses pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).
Melalui program ini, ahli boleh membeli produk insurans atau takaful daripada Syarikat Insurans dan Pengendali Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP untuk diri sendiri dan ahli keluarga. Permohonan membeli produk insurans atau takaful di bawah i-Lindung untuk ahli keluarga boleh dibuat melalui aplikasi KWSP i-Akaun baharu sahaja.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Mereka yang boleh memohon hendaklah menepati syarat-syarat kelayakan ini:
- Warganegara Malaysia (ahli KWSP dan tanggungan);
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP (Akaun 2/Akaun 55/Akaun Emas);
- Pengguna i-Akaun (Ahli) dan menggunakan aplikasi KWSP i-Akaun baharu sahaja dibenarkan untuk membuat pembelian.
Manakala, ciri-ciri utama i-Lindung adalah cara yang mudah untuk mendapatkan produk perlindungan tanpa perlu pemeriksaan kesihatan; sebut harga produk yang ditawarkan secara dalam talian; kemudahan akses dan menganalisis semua maklumat produk yang ditawarkan sebelum membuat pilihan dan pelbagai lagi.
Untuk makklumat lebih lengkap berkenaan i-Lindung ini boleh dilihat di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.