bantuan perkahwinan

Pendapatan tak lebih RM4,000 sebulan layak terima Bantuan Perkahwinan RM500: Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Bantuan-bantuan ini adalah merupakan usaha Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan dan meringankan beban mereka. Hal itu, termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan melalui Belanjawan 2024 mengikut negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Perkahwinan RM500

Di bawah Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri telah bersetuju memperkenalkan Insiatif Baru Belia Bantuan Perkahwinan RM500. Bantuan itu diberikan kepada belia ang melangsungkan perkahwinan buat kali pertama.

Pemberian bantuan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta. Berikut adalah maklumat syarat-syarat kelayakan Bantuan Perkahwinan ini:

  • Perkahwinan didaftarkan bermula pada 1 Januari 2024;
  • Merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan;
  • Bermastautin di Negeri Sembilan;
  • Ketegori umur dari 18 hingga 35 tahun;
  • Pendapatan pemohon tidak lebih RM4,000.

Cara Memohon

Bagi urusan permohonan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal atau Aplikasi N9 Digital. Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon;
  • Salinan slip mengundi SPR pemohon;
  • Salinan slip gaji terkini atau pengesahan pendapatan;
  • Salinan Sijil Perkahwinan.

 

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dalam perkembangan sama, pelbagai lagi bantuan-bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan antaranya seperti Sumbangan Keceriaan sebanyak RM200 seorang kepada warga emas yang berusia 70 tahun dan ke atas.

Kerajaan Negeri turut memberikan sumbambangan berupan caruman RM100 di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional kepada bayi yang dilahirkan di negeri itu pada bermula tahun 2024.

“Bagi meringankan beban ibu bapa bagi anak-anak yang memasuki Sekolah Berasrama Penuh, Kerajaan Negeri akan memberikan sumbangan sebanyak RM300 seorang dengan peruntukan RM150,000erhad sehingga 500 orang penerima setahun.

“Untuk anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi, Kerajaan Negeri juga menyediakan Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi pada kadar di antara RM500 hingga RM1,000 bergantung kepada tawaran yang diterima sama ada peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Pertama,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2024.

Untuk meraikan kejayaan anak-anak negeri berkenaan yang memperoleh keputusan Ijazah Kelas Pertama dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Kerajaan Negeri turut akan memberikan mereka Anugerah Khas sebanyak RM5,000.

Tidak dilupakan adalah golongan ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan yang akan menerima sumbangan ‘one off’ sebanyak RM200 seorang,” katanya.

Untuk maklumat lengkap berkenaan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, sila rujuk di Portal Rasmi Negeri – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…