orang asli

Jawatan kosong besar-besaran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA): Gaji RM1,700 – RM1,900

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

  1. PENGATURCARA SISTEM
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Gaji: RM1,900
  2. PEMANTAU UKUR TANAH
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Gaji: RM1,900
  3. KERANI DATA
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Gaji: RM1,900
  4. PENOLONG TEKNIKAL JURUTERA
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Gaji: RM1,900
  5. JURUFOTOGRAFI
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Gaji: RM1,900
  6. PEMBANTU PENTADBIRAN PEJABAT
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Gaji: RM1,700
  7. PEMBANTU JURUTERA
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Gaji: RM1,700

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Mempunyai kelayakan akademik sebagaimana yang dinyatakan di dalam jadual;
  • Berkemahiran menggunakan perisian (Microsoft Office Word, PowerPoint, Excel);
  • Boleh menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan;
  • Amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin;
  • Boleh bertutur dalam Bahasa Masyarakat Orang Asli adalah satu kelebihan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan JAKOA/A.1.513 dan disertakan bersama gambar terkini berukuran passport.

Ia kemudiannya perlu dihantar ke e-mel: [email protected] atau ke alamat:

Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Orang Asli
(Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah)
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
Aras 9, Blok A, Bangunan Suasana PjH
Lot 2C5, Presint 2, Jalan Tun Abdul Razak
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 29 MAC 2024 (JUMAAT).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…