jaim

Banyak jawatan kosong ditawarkan JAIM untuk lulusan SPM – Ijazah: Gaji sehingga RM9,552

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan JAIM

  1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (AKADEMIK) DG41
  2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
  3. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S29
  4. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (IMAM MASJID PARLIMEN) S29
  5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI) N19
  6. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (IMAM DUN) S19
  7. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Menepati syarat-syarat kelayakan minima dan khusus yang ditetapkan seperti di hebahan rasmi;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan JAIM dan dilampirkan bersama salinan sijil kelahiran, salinan sijil akademik, salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta sekeping gambar pasport berukuran 5 x 4 sm. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.

Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

Pengarah
Jabatan Agama Islam Melaka
Aras 2, Bahagian Khidmat Pengurusan
Pusat Islam Bukit Palah, 75400 Melaka

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Permohonan yang tidak menerima sebarang makluman dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas tempoh satu bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah dianggap tidak berjaya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 08 APRIL 2024 (ISNIN).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…