Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Khususnya kepada mereka dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40).
Salah satunya adalah melalui sebuah bantuan kewangan berbentuk Bantuan e-Wallet yang diberikan setiap bulan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –
Bantuan e-Wallet RM300
Bantuan e-Wallet yang dimaksudkan adalah BINGKAS iaitu sebuah bantuan berbentuk e-Tunai yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kadar BINGKAS yang ditetapkan adalah sebanyak RM300 dan diberikan setiap bulan.
Objektif utama BINGKAS ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.
“Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.
Program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.” petikan ucapan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.
Cara Memohon & Menggunakannya
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan e-Wallet ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS. Penerima kemudiannya boleh menggunakan bantuan ini untuk membuat pembelian barangan keperluan di kedai-kedai di bawah program BINGKAS.
Antara barangan yang boleh dibeli adalah beras, roti, biskut, telur, gula, garam, rempah ratus, tepung, minyak masak, ubat-ubatan, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, daging dan banyak lagi (senarai penuh lihat DI SINI). Cara menggukannya pula adalah seperti berikut:
- Kunjungi kedai-kedai berdaftar di bawah senarai BINGKAS;
- Pilih barangan yang ingin dibeli;
- Juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan;
- Juruwang buat saringan mengikut barang-barang yang tersenarai di bawah BINGKAS;
- Penerima klik pada Kad BINGKAS di aplikasi;
- Penerima klik ‘PAY’ dan pilih akaun BINGKAS;
- Penerima masukkan pin 6 digit bagi pengesahan pengaktifan Kod QR;
- Juruwang imbas Kod QR bagi pembayaran.
Untuk makluman, permohonan BINGKAS ketika ini telah ditutup dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Maklumat lebih lengkap, cara menggunakan dan cara memohon, boleh dirujuk Portal Rasmi BINGKAS – DI SINI.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri Selangor juga sebelum ini telah memperkenalkan Insentif Penjagaan Anak Bagi Wanita Bekerja di bawah Program MamaKerja. Seramai 5,000 wanita bekerja akan menerima insentif berjumlah RM1,000 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM5 juta di bawah program ini.
Tujuan utama program ini adalah untuk membantu meringankan beban wanita bekerja terhadap penjagaan anak-anak, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke pusat pendidikan dan penjagaan yang selamat dan berkualiti.
Syarat-syarat kelayakan MamaKerja adalah wanita bekerja dan mempunyai majikan; bukan penerima insentif program ASUH PINTAR atau BINGKAS atau TUNAS; berdaftar dengan LHDN atau mempunyai caruman KWSP; berpendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke bawah; mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah serta rakyat Selangor (lahir atau bermastautin melebihi 10 tahun) dan mengundi di Selangor.