bantuan rm700

Bantuan RM700 secara automatik untuk rakyat Malaysia: Berikut cara membuat tuntutan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).

Salah satunya adalah melalui sebuah inisiatif Kerajaan yang bertujuan untuk menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada rakyat Malaysia. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan inisiatif ini:-

Bantuan RM700 mySalam

Untuk pengetahun semua, pihak Kerajaan telah meneruskan pelaksanaan Skim Perlindungan Masyarakat mySalam yang merupakan bantuan khusus kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40. Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam ini dirangka untuk beroperasi selama 5 tahun, iaitu bermula dari tahun 2019 sehingga tahun 2023.

Disebabkan maklum balas rakyat Malaysia yang memberansangkan terhadap skim mySalam, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga tahun 2025. Melaluinya, skim ini menawarkan dua jenis manfaat utama iaitu:

Manfaat Hospitalisasi

Jika penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera, mereka layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM700 setahun.

Manfaat Penyakit Kritikal

Jika penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, mereka boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.

Syarat-syarat Kelayakan

Dimaklumkan bahawa kelayakan untuk menjadi ahli mySalam adalah sepenuhnya berdasarkan kelayakan dalam Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam secara automatik.

Bagi kriteria umur pula adalah seperti kategori berikut:

  • Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Kategori Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
  • Kategori OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.

Cara Menuntut mySalam

Bagi urusan Tuntutan Hospitalisasi, ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
  • Langkah 2: Klik ikon Tuntutan, kemudian ikon Penghantaran Tuntutan. Skrol ke bawah laman dan klik ikon Tuntutan Hospitalisasi.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang muat naik untuk memuat naik dokumen* yang berkenaan. Seterusnya klik butang Lampirkan.
    • Salinan Kad Pengenalan – (depan dan belakang)
    • Salinan Nota Discaj
  • Langkah 4: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk Tuntutan Penyakit Kritikal pula, ia hendaklah dibuat dengan cara berikut:

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
  • Langkah 2: Klik Muat turun Borang dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal.
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’.
  • Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon Tuntutan, kemudian ikon Penghantaran Tuntutan. Skrol ke bawah laman dan klik ikon Tuntutan Penyakit Kritikal.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat naik untuk memuat naik dokumen* yang berkenaan. Seterusnya klik butang Lampirkan.
    • Salinan Kad Pengenalan – (depan dan belakang)
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
  • Langkah 6: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan mySalam, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Di Malaysia, golongan pendapatan sering dikategorikan kepada B40, M40, dan T20. Istilah ini digunakan untuk merancang dasar ekonomi dan bantuan…
Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

Bersara merupakan satu fasa kehidupan yang dinantikan oleh kebanyakan individu setelah bertahun-tahun bekerja. Namun, kehidupan selepas bersara bukan sekadar berehat…