Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Putra Malaysia (UPM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Universiti Putra Malaysia (UPM)
- JURUFOTOGRAFI B29
- JURURAWAT 2 U29
- JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
- PEGAWAI FARMASI UF41
- PEGAWAI PENYELIDIK Q47
- PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41
- PEGAWAI TADBIR N41
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
- PEGAWAI VETERINAR GV41
- PEMANDU KENDERAAN H11
- PEMBANTU AWAM H11
- PEMBANTU KESELAMATAN KP19
- PEMBANTU OPERASI N11
- PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11
- PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
- PEMBANTU VETERINAR G19
- PENOLONG JURUTERA JA29
- PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S29
- PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
- PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G29
- PENOLONG PEGAWAI SAINS C29
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
- PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
- PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G29
- PEREKA2 B19
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem eJobs UPM. Semua pemohon perlu membuat pembelian nombor pin bagi setiap permohonan baru. No pin akan dijana dan dihantar ke e-mel yang didaftarkan oleh pemohon dalam tempoh 24 jam.
Pemohon boleh memohon untuk tiga jawatan yang diiklankan dengan menggunakan satu nombor pin sahaja. Pemohon juga hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.
Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Tarikh tutup permohonan pada 10 MEI 2024 (JUMAAT).
Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.
JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah salah sebuah universiti penyelidikan yang terunggul di Malaysia. Entiti akademik yang terkenal di seantero dunia ini terletak di Serdang, iaitu bersebelahan dengan Wilayah Pentadbiran Putrajaya. Sebagai sebuah Pusat Pengajian dan Penyelidikan yang mempunyai reputasi bertaraf antarabangsa, UPM telah berjaya menyatukan para pelajar dan warga kerja dari serata dunia sekali gus menjadikan UPM sebuah entiti global yang amat disegani.
UPM mula ditubuhkan sebagai sebuah Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931. Ia dibangunkan di kawasan seluas 22 ekar di Serdang dan menawarkan dua program sahaja pada masa itu; Program Diploma 3 tahun dan Program Persijilan 1 tahun di dalam bidang pertanian. Pada 23 Jun 1947, Sekolah Pertanian ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej Pertanian Malaya oleh Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union ketika itu.
Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia seterusnya tercetus apabila Sekolah Pertanian di Serdang ini bergabung dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Dr. Mohd. Rashdan bin Haji Baba, yang merupakan pengetua Kolej Pertanian Malaya, dilantik sebagai Naib Canselor di bawah Seksyen 18, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Universiti Pertanian Malaysia memulakan sesi akademiknya pada 23 Julai 1973 dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga fakulti pengasas dan satu bahagian asasi iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan, Fakulti Perhutanan, Fakulti Pertanian dan Bahagian Sains Asasi, yang pada masa itu menekankan bidang perhutanan dan veterinar selaras dengan dasar dan keperluan Negara.
Pada tahun 3 April 1997, nama Universiti ditukar dari Universiti Pertanian Malaysia ke Universiti Putra Malaysia.