str fasa

Jumlah bayaran STR Fasa 3 untuk isi rumah & bujang: Berikut tarikh dikreditkan & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat sebelum ini.

Malah, Kerajaan juga telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan bantuan kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR pada asasnya meruapakan bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Bantuan ini juga adalah kesinambungan kepada bantuan-bantuan kewangan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.

Ia diberikan kepada isi rumah, warga emas dan bujang mengikut jumlah pendapata bulanan dan tanggungan masing-masing. Syarat-syarat kelayakan STR adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

Dimaklumkan bahawa individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

STR Fasa 3

Seperti mana semua telah sedia maklum, pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun selesai dibuat pada bulan Januari dan April lalu. Pembayarannya dibuat secara kredit terus ke akaun penerima atau tuntutan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Bagi pembayaran STR Fasa 3 pula, ia akan dibuat pada bulan Ogos 2024 ini. Akan tetapi, maklumat jumlah pembayaran STR Fasa 3 masih belum diumumkan secara rasmi dan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat tambahan, permohonan STR 2024 kini dibuka sepanjang tahun. Oleh itu, kepada yang belum membuat permohonan, tetapi menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan – bolehlah membuat permohonan dengan segera.

Permohonan STR secara atas talian boleh dibuat di Portal Rasmi STR. Permohonan turut dibuka secara manual iaitu melalui Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Borang STR 2024 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh diserahkan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Diingatkan bahawa penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima. Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…